Saturday, February 3, 2018

trip ke Sri Lanka 2018

Preparation:






  • flight tiket beli sndiri ikut promotion
  • hotel- book melalui hostel.com/ booking.com
  • makan- bawa lah biskut in case lapar dlm perjalan senang.. halal food senang cari dkat dengan masjid..mknn sini agak mahal dlm 10-15rm skali mkn..
  • tips-asingkan duit accommodation/hostel/homestay awal2 sblom fly.
  • travel insurance jgn lupa amek. ikut lah nk amek yg mana asal mampu in case jd pape sakit ke apa ke leh claim. mcm aku pakai AXA TRAVEL INSURANCE.
  • tukar duit- lepas dtg sini rasa tukar sini lebih byk dpt sbb kat malaysia tukar 1rm dpt 29.8 rupee dkat sini dpt 1rm-35 rupee. (galle)
  • Visa:jangan lupa apply online dan print siap2! 35 dollar setiap sorang.




day 1( perjalanan bermula ke Dambulla)



  • ·  sampai airport selepas flight 3 jam stgh terus keluar dari airport
  • ·  ada 2 cara nk pergi dambulla.. sama ada naik bus atau pon teksi
  • ·  bus ada dua hentian total 250 rupee je dari airpot pergi naik bus station naik bus no 5 pegi ke katunayake dan tukar bus di sana amek pergu dambulla
  • ·  cara nak pergi ke bus station jalan terus dlm 1km smpai nmpk pintu gerbang belok kiri terus nmpk bulatan belok kiri terus smpai nmpk bus station.
  • ·  in case naik flight smpai lambat suggest naik kereta teksi.. dlm 6000 ke 8000 rupee ikut tawaran masing2..
  • ·  berhenti makan dkat katunayake dpan masjid mkn dlm 12rm seorang.. sedap mknn sini.. dan halal
  • ·  terus kan perjalan terus smpai ke hotel semalam dalam rm70 smlm..


day 2 (Sigiriya Rock, Kandy)






·  bangun pagi sbb nk pergi ke sigiriya rock di mana diiktiraf UNISCO sbgai tapak warisan dunia
·  breakfast disediakan hotel
·  bayar tuk tuk dlm 350 rupee nk ke rock ni dlm stgh jam perjalanan atau naik teksi dlm 3000 rupee
·  smpai je terus beli tiket dlm 30 dollar (4650 rupees) untuk masok.. bg siap yg minat hiking,history dan architecture sgt wort it..
·  dtg awal sbb boleh begambar dan baca sejarah tempat tu..lmbt smpai ramai org.. mkn kenyang2 sbb banyak tenaga nk pakai
·  habis je hiking gerak terus ke kandy menaiki bus dlm 100 rupee. amek masa dlm 2jam.


·  sampai bandar pegi lah dkat memana hotel yg anda book ye..suggest dok atas bukit sbb jauh dari kesibukan bandar


·  makanan halal byk dkat mall kandy..pegi je foodcourt..ada thai,sri lanka, india,italian and chinese food.

·  be careful bila tawar tuk2 kalau dah janji harga tu tetap kan bila smpai destinasi.. dah kena sekali sabar jelaa. tany hotel harga biasa dari hotel ke tempat nk pergi berapa. then compare dgn harga tuktuk bagi.

day 3 (KANDY)



  •  disebabkan spend 2 mlm di kandy..decide nk buat city tour..bayar tuktuk dlm 1500 rupee tok satu ari.



·  first point elephant orphanage dekat pinawalla. entrace kena byr dlm 2500 rupees kalau nk riding kena byr dlm 2000 rupees.. sbb dah penah naik gajah sblom ni decide pegi perkampungan je.kalau belum pernah naik boleh cuba. dan nak begambar dgn gajah kena bayar 750 rupee kalau xda just tgkap kat tepi2 sungai tu boleh je..




·  lepas lunch singgah pergi ke ladang dan kilang tea.. bau tea dia sgt sedap.. dari raw smpai jd tea..masok free n dpt free tea. Suggested untuk beli di sini tea sbb murah dan banyak pilihan.



·  lepas je abis terus pegi ke red cross hall utk tgok kandyan dance. masok 1000rupee je.. wajib tgok sbb local culture show. nk seat lagi bagus pegi tourist centre minta agent book..dah last min dok je mana kosong.


·  habis culture show pegi tgok temple sebelah dlm pkul 630 dorg ada buat ritual kena bayar 1500rupee.. siap berminat leh lah tgok.. xda leh terus pegi mkn dkat kandyan muslim hotel..mknn sini sedap n halal..xda leh je pegi kandy centre mall mkn dkat foodcourt.

day 4 (Kandy, Ella)




·  meneruskan perjalanan ke ella menaiki train dgn harga tiket 240rupee.. kalau ada byk duit leh booking tiket 2400rupee 
·  view permandangan utk sejam pertama x berapa lawa..nk borak time ni ok lah..view start cantik lepas sejam lebih mcmtu..dan rasa sejuk je.. berbaik2 lah sbb nnti bila org yg duduk bgun dorg akan bg seat..siyes WAJIB naik...view dia sgt cantik..
·  view selepas satu jam semakin lama semakin cantik..jgn tido sgt rugi...trust me...kalau nak hike adam peak behenti dkat hatton 3jam lebih kurg dari kandy.






·  view dari hatton semakin cantik dgn ladang teh yg luas terbentang..
·  dalam 5 jam pejalanan sampai di nanu oya pemandangan dah xsecantik sebelum nya.. tp kabus tebal menyelibungi pemandangan.. kalau xtahan sejuk dah boleh pakai sweater.
·  tepat jam 320pm smpai..so jaga masa..xpon tgok tourist..ramai trun sini.
·  dinner je dkat mana2 area town ni sbb ayam dan daging halal..nk cari pure muslim kebulur lah nak..

·  jalan2 dekat town tanya aktiviti untuk apa yg sesuai nk dibuat keesokkan ari.

·  bg yang suka mengopi boleh singgah kopi dekat starbean cafe sedap! dlm 450 rupee secawan coffee.

day 5 (Ella, litlle Adam peaks, ravana falls, 9 arch bridge)




·  bangun awal dlm kul 5am dan breakfast kul 6 sbb nk start hike little adam peak. tak payah naik tuktuk membazir sbb walking distance je nk ke entrance point dalam 2km dari pusat pekan. jalan dari simpang tiga yg ada signboard mini ada peak smpai jmpa signboard kuning . Bagi yg xlarat leh naik tuktuk 300 rupee. nego harga ni sbb dorang akan ketuk sampai 500-700 rupee walhal dekat je.
·  sampai je di entrance hike dlm stgh jam ke sejam ikut kemampuan. tak susah sgt pon kalau dah biasa hiking. bawa sebotol air dan biskut tok lapik perut in case lapar later.
·  smpai di puncak little adam peak amek lah seberapa byk masa kat atas tok rest ke picnic ke. tunggu sampai kabus hilang sbb rugi kalau tak tunggu sbb view ella rock sgt cantik kalau xda kabus.
·  boleh jalan depan sikit untuk saksikan view dari angle yg lain.


·  habis hiking leh terus minum tea dan begambar di ladang tea dan factory khas untuk green tea. bagi penggemar green tea wajib rasa! sgt sedap. ada light ke strong rasa dia. akan terus betenaga kalau amek strong. dalam 50 rupeee je secawan. dan kalau nk masok kilang tu kena bayar 500 rupee. disebabkan dah penah masok dgn kandy. decide tok minum je.

·  selesai mengeteh terus jln kaki dlm 1.5km untuk ke 9 arch bridge. sampai ke ikut je trail yg dah ada smpai dlm 15-20min bejalan. kalau tahu schedule train lagi cantik view.cuba tanya orang local. masa pergi xda ketapi lalu dan malas nk tunggu sebab dah start lapar.


·  lepas habis tu boleh singgah cafe 98 hectre dkat area situ. view dan makanan dia sgt sedap tp agak pricy.


·  habis je tu balik ke homestay tok lunch. dah minta tuan rumah masak awal pagi dlm 650rupee per person. ok lah sebab rasa homemade local food kan. btw sgt sugggested tok dud dekat top heaven ni. view dia dpan dgn ella rock. cuma penat sikit nk mendaki.

·  bg yg larat lagi boleh baik bus  ke ravana waterfalls. naik bus yg ada tertulis badulla atau pun badarawela. harga dalam 25 rupees je. kalau byk duit naik tuktuk lah ofcos dlm 1000 rupee kena ketuk.
·  tak da entrance fees tok ravana falls.
·  bg yg gemar hiking leh try hike ella rock petang lepas habis lunch. jalan kaki ke Kithail Ella station. kalau tak pasti boleh tanya orang local. malu bertanya sesat jalan. lepas tu pass tru black iron bridge dalam 500meter dan akan jumpa satu laluan kecil ke ella rock. ikut je trail tu sb jalan dia xda byk simpang. lepasi jambatan kecil dan akan nmpk tree plantation. kalau nampak org jual minum dan makanan cabanas tu betul lah tu.just terus kan je.
·  pada awal nya agak senang. sikit2 dia akan menjadi curam dan susah sampai belecak ketiak ler. dlm 30 ke 45 min je nk smpai puncak. View yang sekali lagi memukau! jgn lupa bawa air dan biskut in case lapor.

day 6 (Mirissa)




·  meneruskan perjalanan ke mirissa dgn menaiki bus ke galle pda pukul 7pagi dgn membayar 400 rupee dan mengambil masa lebih kurang 6/7 jam. perjalanan bermula dgn permandangan gunung yang cantik dan akan melalui ravana falls.dari sejuk ke panas.kena extra careful sbb mirissa ni hentian bandar sblom galle. tgok sign board masa pejalanan. boleh tido tapi set lah masa 3 jam pertama tido then bejaga.xpon tido gilir2.kalau terlepas nnti naik je pape bus yg melalui mirissa dari galle
·  jika ada duit extra boleh menaiki teksi/kete sewa dalam 12000 ke 12500 rupee. boleh cari geng dgn group matsaleh yg lain nk lagi murah dlm 7 ke 8 org satu van nk selesa dan perjalanan lebih sekejap 5/6 jam.
·  sampai homestay terus bersihkan diri dan terus jalan tepi pantai cari kedai mkn.nak murah ada je kedai yg murah kena rajin bejalan.



·  lepas makan jalan tepi pantai lepak minum smpai sunset. nak begambar ke video ke sgt ok sbb view dia sgt cantik.
·  habis je sunset..jalan dari hujung ke hujung dan balik dah gelap n start lapar. nak start survey kedai mkn dan aktiviti masa ni pon sesuai. ada whale wathcing dan surfing serta diving.
·  balik mandi dan get ready nk jalan n enjoy night life dia.

day 7 (Galle)

·  plan bangun lambat sikit sb penat travel xhilang. siap terus jalan tepi pantai cari breakfast..relax sgt.


·  habis brekafast pegi cari ayuverda spa for relaxation dlm 3000 rupee tok 90min di Badora Spa.HIGHLY RECOMMENDED!
·  lepas spa terus besiap ke galle. naik bus atau teksi ikut memasing lah. teksi dlm 3500 rupee satu tuktuk. kalau bus mgkin dlm 200 rupee je.kalau teksi 5000 rupeee.pejalanan mengambil masa satu jam ke satu jam stgh ikut traffic

·  masa otw ke galle singgah satu fishing point sgt cantik tp kena byr nk begambar dlm 450 rupee seorang. ok lah sbb dah tgok dalam amazing race. (stilt fishing)
·  smpai galle byk je kedai mknn halal sbb majority muslim sini.lepas mkn leh tgok sunset n view laut sgt cantik.

·  nak beli sarung atau ole2 keluar dari port tu..pegi thowfeek textile.boleh tanya org local kat mana..sgt murah dari galle fort.

·  bg penggemar permata boleh pergi ke laksala shop ada discount murah.
·  bagi penggemar tea boleh beli dekat warm boutique dekat pedlers road sgt byk variety dan dpt discount banyak! rasa mcm syurga shopping haaha



·  disebabkan baik sgt dgn local tekenal lah dgn org local ni. siap bawa pegi mkn dekat rumah.. xpepasal mkn free dan sedap.

day 8 Galle








·  bangun pagi jalan2 exercise cari homestay sebab suka dekat sini. morning walk 

·  jumpa cafe best prince of galle. wajib rasa.

·  singgah solat jumaat dan rasa sendiri culture dorg. sejujurnya xpaham dan tido je hahah..
·  lepak hula hula cafe for late lunch.
·  petg jalan2 satu town shopping ap yg patot

·  lepas maghrib local friend bawa pegi indian hut seriously sangat sedap dan membuatkan trip to sri lanka ni sempurna. kena ada kawan local juga baru seronok tahu tempat mana mkn best.

day 9 Colombo




·  trip to colombo by train. amek express sbb nk cepat. ada dua satu lagi byk hentian. express bhenti bndar utama je.dalam 180 rupee je tok second class. amek pukul 715am. so ke a ada awal skit. dtg on time pon masih ada tiket.perjalanan amek masa 2jam. so set masa elok2 kalau nk tetido..jgn telepas nnti ke jaffna lak.
·  singgah mkn kfc sbb nk merasa rasa local kfc mcmne. harga lebih mahal dari malaysia




·  singgal ke odel mall just nk beli pape yg rasa nk beli dan buat tour around bandar je.

·  siapa minat pinggan mangkuk n tea leh lah singgah noritake dan zesta.
·  decide nk stay dekat negombo sbb senang dekat dgn airport.
·  boleh dinner kedai all seafood dkat lewis road dkat mr crab. sbb sini susah nk cari halal food sbb most of them ada pork.
·  check berat beg sbb air asia sini agak ketat security dia.

day 10 Negombo

·  bangun pagi naik teksi bayar 1500 rupee ke airport.datang 3 jam awal sblom flight sbb boleh breakfast dan settle baggage drop, kastam dan security
·  tq sri lanka! jumpa lagi




konklusi trip:

1.      makanan dekat sini sgt sedap kena try yg homemade. makan kat kedai ada je yg sedap tp mahal. my fav will be mutton curry dan garlic naan.btw walaupun matawang kita lagi tinggi dan negara lagi maju makanan dekat sini agak mahal sbb sekali makan yg biasa mahu 15rm habis walhal kedai tepi jalan je.
2.      transport sini byk je bus. kalau jenis bejimat n tahan lasak bus adalah jalan yg terbaik. bagi yg jenis x tahan leh spend sikit baik kereta sewa(teksi) 10 kali ganda dari harga bus. certain area yg nk pegi tu ada railway station so sila naik sbb murah dan selesa. view pon cantik
3.      shopping? of course the best dekat galle forte mcm dekat kochi,penang n melaka view dia tpi lagi cantik lah. nak beli teh rasa lagi murah masa beli dekat ladang teh dkat kandy. tp kalau perjalanan jauh lagi beli dekat colombo pon ok cuma mahal 2 ke 3 ratuss rupee.
4.      suggested place nk visit: sirigiya palace,galle forte, ella,hatton(ella-badulla leh naik train),mirissa, colombo dan negombo.
5.      culture show agak hampa sebab selalu tgok sblom ni x sehebat yg di sangka. katakali di kerala lagi best. so kandy yg tekenal dgn culture show xyah pegi pon xpe. kalau nk lalu kejap mkn sblom train ok je. mknn dkat mall dia sedap.
6.      tukar mata wang rasa tukar sikit dekat malaysia. then selebihnya tukar dekat foreign exchange and gems dekat gall forte sbb lagi dpt byk.
7.      pergi tak payah check in bag pon xpe. tapi balik kena wajib atleast 20kg. mcm2 boleg beli.
8.      lagi seronok kalau dpt berkawan dgn org local sbb dorg lagi tahu apa yg menarik dekat satu tempat tu. x rugi pon melembutkan lidah bertanya dan beborak.
9.      basically byk habis masa travel one place to another place. better bawa buku ke game ke nk bg leka so that x pisang tido je. at least smbil membaca leh tgok permandangan
10.  bawa wet tissue wajib in case sakit perut kat mana2 senang  toilet dia xda lah semaju malaysia.
11.  makanan halal agak senang dpt di sesetengah kawasan tp bg kawasan pedalaman agak susah. so mkn lah veggie ke telo ke. seafood sgt mahal. hati2 check menu sbb ada pork.
12.  study dulu kawasan sebelum pergi jgn pergi tanpa tahu apa2. sbb nk tahu location homestay atau pon hotel atau pon hostel tu strategic atau x. kang xpepasal naik tuk2 byk kali xpon jalan kaki byk kali sbb hotel murah tp jauh dari pekan. ( end up sama je dgn harga dgn yg dok bandar)
13.  bg yg gemar hiking wajib lah hike adam peak dan ella rock tu. serious u gonna like it when u reach at the peak.
14.  jgn lupa buat visa sebelum pergi kang xpepasal kena tahan masa sblom fly. boleh cari online dlm 35 dollar.3 hari bekerja check status. print status tu sbb sblom fly akan check.
15.  bawa bekalan ubat OTC (panadol, ubat selsema,charcoal, gastric, batok,lozenge,motion sickness) sbb ubat dan rawatan dekat sini agak mahal.
16.  ada certain area yg agak berdebu, bawalah kain atau mask tok tutup bg elak batok dan ketidakselesaan diri.
17.  bagi yang blur2 pasal currency di galakkan buat table comel mcm 100 rupee dpt 3rm, 1000rupee 30rm. so masa membeli atau membayar tahu nk compare mahal ke murah.
18.  tips masa shopping dkat street.. tanya price berapa then nego half price..kalau kaya sgt nk sedekah boleh lah ..
19.  dan tak semua benda yang cantic kita dpt share dengan org. sometimes hanya untuk kita je yg melihat. so siapa nak pergi enjoy k!


No comments:

Post a Comment

trip ke Sri Lanka 2018

Preparation: flight tiket beli sndiri ikut promotion hotel- book melalui  hostel.com/ booking.com makan- bawa lah bisku...